>>>>>> miss this moment.... <<<<<<
Wednesday, 28 September 2011
Monday, 22 August 2011
mak mana??
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik
bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
...
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang
sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Tuesday, 16 August 2011
eh bmi aku normal ke? jom kira...
salam...
diam tak diam dah sparuh bulan kita pose..
kamu orang camna pose penuh lagi ke dah bocor skit..
haaa.. bulan pose ni mesti ramai yang mengambil kesempatan
untuk berdiet kn??
bagui latu.. untuk menyihatin diri kn...
korang tahu ke body mass index (bmi) korang brape??
haaaa.. jadi post kali ni yuyul nak share satu application fb
yang tolong kirakan bmi korang.. hahaha
aku punye 19.53.. that means i'm normal... hahak
kamu orang punya berapa??
nak tahu..
klik laa sini ...
nak tahu..
klik laa sini ...
selamat mencuba laa..
Thursday, 11 August 2011
haram ke pakai contact lens kaler-kaler??
salam..
yoy yoy...
relate pada post aku sebelum nie pasal contact lens,
aku nak tambah sikit la informasi pasal contact lens ni kan..
bukan pe, membe aku nie yang kasi idea pasal ni..
(tak terfikir pun..) hehe...
so, ape lagi.. meh la kita meng google...
kikikikiki...
jadi tujuan pemakaian contek lens ade dua..
meh kita tengok..
pertamanya tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
yang kedua. tujuan perhiasan.. cam pakai tuk suka2 je.. bukan sebab perlu.
so, yang ni masuk dlm kategori perhiasan.. yakni perhiasan ni diharuskan
selagi tak langgar hukum syara..
nak tau ape hukum2 nya?? meh kita tengok satu2....
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
tapi ade sesetengah ulama yang menfatwakan
HARAM memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).
(sebagai peringatan tuk diri sendiri gak.. hihihi)
ayat 6: 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan).
Maksudnya contact lens biasa sudah memadai.
jadi kepada kamu2 diluar sana, kalau tengok contek lens kaler2 yang 10 ingget dapat dua tu
pikir2 la dulu ye.. hehehe...
Wallahu a’lam.
p/s:sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
: sekadar entry biasa.. tak ada kaitan dengan yg hidup
ato pun yg dah meninggal dunia.. hehe
Wednesday, 10 August 2011
boleh ke pakai contact lens time puasa??
salam..
hohoi camne puasa korang ok tak??
diam tak diam dah nak masuk hari ke 10 puasa kita nie.. haha
kali nie yuyul nak citer la skit pasal pakai contact lens
time puasa nie..
bukan ape aku tengok time2 puasa nie ramai plak membe college
aku pakai lens.. berkaler kaler lagi.. hahak
aku pun terpikir boleh ke pakai lens time pose..
atau diaorang memang dah pakai sebelum sahur lagi.. hahak..
so untuk menjawab persoalan nie aku pun google lah..
(aku mmg raja google) haha..
jadi..
Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:
“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak termasuk makna makan atau minum.”
Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Majma’ Feqah Islami dalam satu persidangannya, bahawa sesuatu yang dimasukkan ke dalam mata seperti titisan ubat tidak membatalkan puasa. Ia juga adalah pendapat yang pernah ditarjihkan oleh Ibn Taimiyyah.
so.. tak batal lah pose kalau pakai lens nie..
boleh la aku pakai pasni..
asik pki spek je lam class boring plak..
hahaha...
Monday, 8 August 2011
tapak toms made from pigskin??
salam..
hai semua pembelog2..
pe kabo ok ka??
camne pesediaan raya,
baju dah bli? kuih? langsir?
hai semua pembelog2..
pe kabo ok ka??
camne pesediaan raya,
baju dah bli? kuih? langsir?
entry kali ni yuyul nk citer pasal pesediaan raya yuyul.. haha
aku ingat raya ni nak la pakai toms..
aku pun ushar2 la page toms kat fb..
tetibe aku terbaca wall post ni..
untuk mendapat kepastian lagi..
aku pun google la,
rupanya cara nak kenal barang daripada kulit babi ni senang je..
tengok kt brg tu ade 3titik betompok tompok..
macam ni..
tengok kat toms lak..
nampak tak tapak dalam tu??
huu jwpnya, tak dapat la aku beraya ngan toms tahun nie..
hahahaha....
oh my toms........ :'(
Tuesday, 2 August 2011
MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH TOTS
salam...
haa kepada blogger2 yang baru je lahir macam aku ni..
kalau nk tambah follower, meh la join sini...
hehe...
cara dia klik je kat baby blogger ni.. haha
![]() |
atau kalau tak boleh klik sini
haa senang je kan...
selamat mencuba...
hahaha.....
video malaikat turun di atas kaabah satu penipuan??
salam..
macam mana dengan puasa pertama korang,ok ke??
harapnya ok lah ye..
so, sempena ramadan ni yuyul nak share
satu video yang menunjukkan malaikat turun di atas kaabah
ops ni semua satu penipuan yahudi sahaja..
propraganda yahudi untuk menyesatkan umat islam..
jom tengok sesama video ni.. and hayati betul2 ye..
so, dah tengok kn..
sama2lah kita berkongsi kepada umat islam yang lain ye..
salam ramadan..... :D
Monday, 1 August 2011
nak tahu prestasi kita berfesbook??
salam...
hai, selamat bepuasa yuyul nak ucapkan pada semua umat islam di dunia... haha
lepas penat siang malam bertungkus lumus study fesbook... hahaha
mesti kita nak tau kan prestasi kita di fesbook camne..
so aku nk share satu app ni yang menilai prestasi kita berfesbook..
hahaha....
ni contoh dia aku nak bagi tengok..
report card aku.. haha
dapat B je.. hehe
so pada korang semua yang nak try..
boleh la klik kt sini
selamat mencuba.... hehehe
Sunday, 31 July 2011
SEGMEN AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN
salam...
alhamdulillah ya Allah... kali ni aku still bepeluang merasai nikmat puasa untuk kali ke 19 dalam hidup aku..
aku besyukur sangat padamu ya Illahi....
tapi puasa kali ni sedih juga la, tak dapat rasa berbuka bersama family tuk 1st puasa tahun ni..
hmm patutla aku balik haritu ibu beli kurma tuk dinner sesame..
at least dapatla rasa cam bebuka..
hahaha....
tuk puasa kali ni ibu, angah janji akan cuba buat yang terbaik yang macam ibu pesan hari2
setiap pagi.. hehe...
ibu.. baju raya tahun ni warna coklat kan, angah nak 2 hahaha...
InsyaAllah kalau ada rezeki angah balik kita berbuka sesame satu family... yeay.... haha
hope tahun ni aku dapat buat yang lebih baik dari tahun lepas2..
aku harap sangat pose tahun ni dapat ubah aku sdikit sbanyak jadi insan yang lebih baik and berguna
yang macam ibu nak.. hehe
p/s: sorry ucapn tah pape je.. hahahaha
Saturday, 30 July 2011
10 brand fashion termahal dunia.. 2011
hahai....
korang kalau beli baju atau perfume mesti tengok brand jugak kan..
tapi pernah tak korang terfikir, brand ape yang paling mahal sekali kat dunia ni..
haaaa post kali ni yuyul na kongsi plak 10 jenama termahal dunia..
mesti salah satu dari 10 ni ade yang korang minat kan....
10. herme's
sebuah brand dari paris, pembuat bag yang memang terkemuka di dunia sebab keunikan & hasil yang kemas dan berkualiti.. brand ni pun ade keluarkan perfume yang memang gila wangi..
brand ni mendapat untung sekitar 2 billion dollar setahun..
brand ni mendapat untung sekitar 2 billion dollar setahun..
9. versace
jenama dari itali ni bermula sejak 1978..
jenama ni semakin popular dan menjadi pilihan ramai sampai lah sekarang..
8. christian louboutin
brand ni mengeluarkan kasut wanita.. yang uniknya kesemua tapak kasut rekaan dari brand ni warna merah.
tula sebab kasut ni menjadi pilihan ramai wanita di dunia..
7. prada
"devils wear prada".... haha brand ni mesti korang tahu kan..
income setahun jenama ni 1.7 billion dollar..
6. christian dior
mula dilancarkan pada 1946..
brand ni ada lebih 160 stores seluruh dunia..
generates sekitar 18 billion dollar setahun.. wow!!
5. Fendi
maybe brand ni tak brape kita tahu kan.. tapi store dia ade di suria klcc..
brand dari itali yang mula pada 1925..
income dia 338.5 million dollar setahun..
4. Burberry
brand british ni banyak keluarkan pakaian ngan perfume je..
keuntungan 1 billion dollar setahun..
3. Chanel
brand ni banyak produce pakaian, perfume, cosmetics and banyak lagi la..
antara brand yang terkenal dunia jugak la..
2. louis vuitton
brand ni ade terpacak kat depan pavilion kl tu..
brand perancis produce beg, jam tangan, kasut, etc..
it generates 2.7 billion dollar setahun..
1. gucci
oh my gucci... kau no 1... hahaha
brand ni mula pada 1921..
brand itali oleh Guccio gucci..
brand terbaik itali ni makes 1.7 billion dollar setahun..
Subscribe to:
Posts (Atom)




















