advertising..

Tumblr Blogger SCM Music Player

Monday, 13 June 2011

Kutipan Hari Ke-4 KL Gangster Capai RM6.2 juta


salam...

kali ni aku nk kongsi cite tentang kutipan filem arahan sol ni..
walaupn aku tak menonton iinye lagi.. hahaha

Filem KL Gangster arahan pengarah muda Syamsul Yusof  mencatatkan kutipan RM 6.2 juta sehingga hari keempat tayangan filem tersebut.
Perkara berkenaan diumumkan oleh pengarah itu dalam laman web sosial Facebook beliau, Syamsul Yusof – Burn & Soul melalui entrinya pagi ini.
“Siapa kata filem kita tidak mampu pergi jauh? Kutipan hari keempat KL Gangster sudah mencecah RM6.2 juta. Terima kasih buat semua ! Jutaan syukur. Kejayaan ini untuk semua penggiat seni tempatan. Dan untuk semua rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura.
“Saya sayangkan anda semua!! Anda semua adalah inspirasi saya,” katanya lagi.
Dalam entri beliau sebelum ini Syamsul berkata kutipan filem berkenaan sudah pun melakar sejarah kutipan tertinggi filem tempatan mahupun antarabangsa yang ditayangkan di serata pawagam satu Malaysia.
“Ini bukti rakyat kita dahagakan karya anak-anak tempatan dan mampu memberi sokongan 100 peratus pada industri. Dengan penuh  rasa rendah diri, aku bersyukur dan berterima kasih pada tuhan dan kalian. Alhamdulillah,” katanya.
KL Gangster yang mula ditayangkan Khamis, 9 Jun lalu mencatatkan kutipan hari pertama berjumlah RM1.5 juta. 
huh... tahniah kepada pengarahnya sol sol sol...
harap lepas ni dapat wat filem yg lagi gempak2..
kelas kau sol... haha
jadi.. jadi.. jadi.. kepada yang belom menonton tu..
mai la ke panggung selagi stok masih ada.. :)


2 comments:

  1. best yul... jom2 g tgk.. ak dah tgk dah tp rase nak tgk sekali lg jeee... gempak seyhhh

    ReplyDelete
  2. haha tak payah piqah..
    download jee...
    1000kali pn boleh tgk.. hahahaha

    ReplyDelete

anda pasti tertarik dengan yang ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...