advertising..

Tumblr Blogger SCM Music Player

Sunday 19 June 2011

filem kl gangster lepasi Rm10juta


Akhirnya angka keramat RM10 juta yang cuba dilepasi oleh semua pengarah filem Malaysia telah pun dilangkaui oleh Sol Yusof, pengarah filem KL Gangster. Menurutnya di dalam Pancaindera hari ini, kutipan filem KL Gangster kini hampir mencecah RM11 juta. wahhh!!
Terharu plak aku membaca pesanan Tok Wan si sol ni kat Pancaindera hari  ni.. :)
Tiada apa yang mustahil jika kau bersungguh-sungguh berkerja,ikhlas dengan niat yang baik.Yang lain kau serahkan pada DIA.DIA tahu kerja DIA.DIA Maha Adil.Orang nak cakap buruk tentang kita,biarkan.Orang mahu perlekehkan usaha dan hasil kerja kita,biarkan.Jangan melatah dan mudah naik darah.Fikir sebelum kau bercakap dan bertindak.Terlajak perahu boleh diundur.Terlajak kata?Berganding bahulah dengan Papa dan keluarga.Merekalah orang-orang yang tidak akan pernah jemu memberi sokongan dan akan terus membantu sampai bila-bila,walaupun sampai Tok Wan tiada.
Sol khabarnya akan mengarah filem prekuel KL Gangster selepas sambutan yang sangat memberangsangkan ini. tahniah la sol.. kau memang terbaik..
lepas ni jangan lupa buat filem buku it kupu ing ye.. 
sol sol, harapnya maju dan gemilang dalam membuat filem-filem yang mantap.


No comments:

Post a Comment

anda pasti tertarik dengan yang ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...